Vacation @ MAPS Ipoh

Assalammulaikum, Apa Khabar semua. hehe... Agak  lama tak kemaskini Blog ini setelah pelbagai rencana hidup berlaku ke atas keluarga kami a few years back tapi tetap jugak kami nak share pengalaman kali ni sebab tempat ini agak best. Alhamdulillah 1st time sampai kami ke Movie Animation Studio(MAPS). Kami datang ke sini dan kali ke-1 kebetulan Wife work outstation di KDN Branch di Ipoh. Kami tidak menginap mana2 hotel cuma perjalanan pergi dari Bukit Mertajam ke Ipoh yang mengambil masa 1 jam 30 minit. Kepada yang belum tahun kewujudan MAPS nih, kami kongsikan sedikit info di bawah untuk kemudahan bersama bole juga layari laman sesawang direct MAPS.


Opening Hours


Monday – Friday

10:00 am – 6:00 pm

Saturday, Sunday, Public Holiday & School Holiday

10:00 am – 10:00 pm

Harga Tiket :

Memandangkan ada promo sekarang moh rebut peluang ini

Malaysia Day Promo
Valid from 8th September till 17th September 2018
Flat Price For Adult/Child/Senior at RM 50

Laman Web : 
http://www.mapsperak.com/   

Pintu masuk ke MAPS Ipoh sementera menunggu mama Duty di Pejabat KDN Ipoh. Lets have some fun guys



Teruja dengan Boboboi ride depan restoran Tok Abah

 
Sepanjang Perjalanan masuk dari entrance ke MAPS kami menyinggah ke kedai barangan cenderahati yang pelbagai sini.
Mama pun muncul di SMURF theater setelah Ayah berhempas pulas bersama 3 heroes kat sini hehe..

Tidak lepaskan peluang untuk menaiki Swivel Roller Coster Zugus Crystal Quest bersama Wazif & Wafiq


Sesampai di ruang tengah MAPS, kawasan ini bebetul menarik dari segi hiasan & interior , exterior dengan pelbagai karakter kartun terutamanya Boboboi , SMURF , Megamind , dan pelbagai lagi. Alhamdulillah ambil gambar sekarang menggunakan Digital kalu idak abis byk rol filem kodak nih..

tu dia mama pun muncul from nowhere.. hehe enjoy the scenary ya Sayang. Here kami di Kedai Tok Abah
Di sini  MAPS ada kemudahan stroller untuk anak2 kecil atau ibu bapa yang tidak bawa stroller sendiri. tetapi kena ingat ada bayaran sewanya juga dalam range RM25 ke RM40 untuk stroller 1 seater atau 2 seater seperti gambar di bawah. Kat sini la Ayahnya paling kalut memula amik 1 seater untuk Wazif..lepas tu yang si kecik pula menangis nak naik nak naik.. terus upgrade ke 2 seater.. itu la rupenya..

Di sini ada kemudahan Stroller untuk anak2 kecil, gigih abang tolong tolak



Bergambar bersama SMURF Kingdom

Gopal & rakan2 juga ada untuk bergambar.. Waseem takut pulak

Ini Scenary di dalam Boboiboy 4D Adventure Theatre
Selepas itu kami berpeluang masuk dan merasai sendiri Boboiboy 4D Adventure Theatre masa tayangan ketika ini pada jam 430pm , bergegas kami berlari2 ke sini daripada area Coral for Kids. huh berpeluh Ayahnya.. minimum umur masuk adalah 4 years Old. untuk Kaysi Ayah belasahnya bawa masuk walau umur baru 3 years.. hehe.. Memang terbaik !!!!!  Memang seronok sebab terasa Real pabila kerusi bergoyang , semburan mist dan terasa ala2 electric Shock. Wajib cuba tika pergi ke MAPS.

Hmm abang awat fikir lama sangat.. nak makan apa tuh?
Dalam starship ni ada 3 Floor & setiap tingkat ada pelbagai menu makanan yang various. kami pergi ke level 3 makan Nasi Ayam untuk 3 meals all the kids love it..berbaloi dan sedap, lagipun makanan luar memang tak bole bawa masuk .. so kita soru la disini.. insyaAllah makanan semua sedap2 belaka.. Alhamdulillah 

Permainan yang sungguh menguji keberanian dan ketahanan diri even Wafiq had done it.. Syabas Abang
 Banyak permainan yang menguji keberanian , kekuatan dan fobia especially for adults  untuk kali ini this is the last part kami sempat main.. memandangkan Abang nak sangat naik Megamind Megadrop ini.. fuhh tak tahan rasa macam nak terkucil.. tp abang steady la.. walau rasa agak terkejut..

Get ready

Pengalaman yang sangat indah bersama our lil family.. ada rezeki lagi kita datang lagi insyaAllah


 Anyhow , kami merasakan pengalaman di Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh , Perak ini merupakan salah satu yang terbaik bersama family di tahun 2018 ini. Memang seronok & tidak merugikan menghiburkan bersama kids. InsyaAllah jika ada rexeki mendatang kita kembali lagi...


Comments

Popular posts from this blog

Pengorbanan Besar Sayang

Langkawi Trip 2011