Hola Vietnam 3 Days - 2 Night!!
Di Hadapan Pejabat Post Ho Chi Minh
Di Hadapan Hotel
Di Pasar Malam Benh Thanh (mama beli souvenier)
In Flight sebelum mendarat
Park Ho Chi Minh
Dekat Masjid India bersama Kak Ramlah n Family
Last Day @ Airport Ho Chi Minh
Bawak Wafiq sekali pegi War Museum
Berada di Post Office Ho Chi Minh
Assalammualaikum , kembali ke Blog Wafiq nie. Hmm by the time tulis kat Blog nie kami sekeluarga sudah sampai di Malaysia selepas spend 3D 2N di Ho Chi Minh City, Vietnam pada 6 - 8 Oktober 2011 yang lepas. Overall our visit kali ini , enjoying and adventurous sikit sebab 1 yer wafiq da agak lasak sikit dan kami kini bukan pergi bertiga sahaja malah Berempat jua hehe .. Yahoo!!! Alhamdulillah ada baby dalam perut harap semuanya berjalan dengan lancar yer. Ok ikuti Kronologinyer seperti di bawah:
Day 1 -
We suppose to off from LCCT pada 5/10/2011 tetapi malangnya perjalanan kami disekat dek kerana Passport Isteriku yang tersayang ni da nak Expired sudah... alamak another 3 month lagi passport nyer valid suppose 6 month kena ada baki nyer. hmm nak menangis pun ada , tetapi dengan advise daripada Officer Air Asia we can depart the next day tetapi dengan syarat kena renew Passport nyer dan hadir ke kaunter 68 pada 6 haribulan berikutnya dan tunjuk bukti renew passprt ler. hmm kena la kami Penalty RM100 per each ticket plus me n my Wife RM200 sudah. Dengan ini harga tiket telah melonjak kepada RM700 semua sekali adush wang kami lesap sikit demi sikit.. hehe.. Adventure kan.
Then kami depart dari LCCT around 3.00pm Local time Malaysia sampai di Ho Chi Minh City araound 4.oopm local time Vietnam (journey dalam 2 jam). Sampai saje kami terus booking taxi dan Hotel dekat kaunter di airport hmm al maklum la baru first time turun kena coutious sikit. Akhirnya kami pick hotel Giant Dragon Hotel about 700m dari pasar Bhant Tenh ler.. hm jauh sikit jer la. ok kita sambung balik nanti yer. Gud nite..
2nd Day -
Pagi pergi VN Halal then menyusuri ke Ben Thanh Market cari kain dan Tudung. Then teruskan perjalanan menyusuri Jalan LELAI. Pergi ke Notradame , Opera , Post Office dan Parkson. From here kami take taxi untuk ke War Museum dan seterusnya ke Masjid India. kat sini kami cuba pulak restoran DNYONYA Halal Restoran. Then kami terus ke Market Ben Thanh untuk teruskan pencarian beg Dewter dan Baju Vietnam. Our Supper dekat VN Halal baru balik Hotel . Enjoying jugak.
3rd Day -
Last Day @ Vietnam , Pagi lagi kami da ker VN Halal menjamu selera Roti Canai + Nasi Goreng. Tup tup Hujan plak .. after 2 days kat sini hari ini baru la hujan. hmm lepak dulu kat VN Halal sampai hujan reda sikit. Then kita pegi Pasar Benh Thant dalam tuh pun banyak kedai , last-last jupe kedai jual Table Runner yang lagi murah daripada kat Pasar malam tuh around USD 9 untuk 2 meter dan USD 12 untuk 2.5 meter. Then sayang me nie mengamuk depan kedai jual Fridge Magnet mula-mula cakap VND 20,000 pastu VND 30,000 balik.
Comments
Post a Comment