Legoland Trips With Little Kids


Legoland Trips With our Little Minion Kids 

Pada 19 - 21 Mac 2015 yang lepas , kami sekeluarga dapat menghabiskan masa kami  di Johor Bahru. Legoland misi kami. Perjalanan dari Semenyih ke JB mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih kerana banyak persinggahan & melayan karenah anak2 yang masih kecil untuk Travel yang jauh seperti ini.


Scenary Legoland background Hotel Legoland


Tiket ke Legoland ini kami beli di kaunter Legoland itself dengan berbekalkan Voucher Diskaun dari Petron less 50% dan Voucher Kupon KFC Less RM40. Memang berbaloi. Total untuk 2 ADULT & @ Children mencecah RM440 pada tarikh 20 hb Mac 2015.
Ketika ini Umur Wafiq 4 years Old dan Wazif 2 years Old. Wafiq agak teruja dengan tempat ini kerana biasa dengan permainan Lego Duplo di rumah & cerita2 daripada Mama & Ayah tentang seronok tempat ini.


Bermalam di Hotel Orange di Nusajaya Johor Bahru pada 19hb Mac 2015

Melepak malam sebelum bertolak ke Legoland pagi esoknya
Sarapan pagi di Hotel sebelum berangkat ke Nusajaya. Kami menginap di Orange Hotel dengan rate 1 malam RM216. Alhamdulillah keadaan cuaca yang elok cerah & panas sesuai untuk aktiviti Outdoor di Legoland nanti. Berdoala semoga cuaca akan sentiasa elok.


Tu dia Both brother di pintu masuk Legoland
Da tak sabar nampak gayanya 2 beradik ini nak masuk ke Theme Park. Ayah , Mama & Baby dalam perut pun tak sabar juga tuh..


Sempat bergambar dengan Struktur Kuda ini dan soru lagi di KFC belakang nun..

Jangan lupa ambil gambar sepuas2 nya disini & ada Cameraman yang bantu ambil gambar
Kami sampai di sini seawal jam 10 am di parking kereta Legoland. Opening hours 10am - 6pm untuk Theme park manakala Water Park pula tutup awal sejam dari Theme Park. Banyak aktiviti menarik yang dapat dilakukan bersama-sama semasa di sana. Permainan yang berfaedah pun banyak, contohnya ada kelas memandu untuk peserta yang nak main kereta nissan lego. Sebelum anak2 dibenarkan untuk naik kereta tu, diorang kene masuk kelas memandu dulu, sedikit penjelasan tentang tanda2 jalanraya diterangkan selama 5 minit dan Ia sangat berfaedah & menyeronokkan.

Abang & Adik Forever

Wazif testing Stereng

Tu dia tak sabar2 da si Adik & Abag untuk bertarung dalam litar ni

 
More Picture to express kids Feeling


Bomba Station
Menarik tempat ini kami berempat berhempas pulas mempastikan kemenangan di pihak kami dengan menggerakkan Kereta Bomba ini.

Airport Depart & Arrival

Jom Soru dulu di Legoland Cafe. Yes, when come with the price of coz quite pricey. But then kena makan juga for our energy Booost

Photo post bersama Legoland human structure

Tower yang paling tinggi di Legoland park

Abang ambil peluang naik Horse Kingdom

Queen To Be

King To Be

Darth Vader in action
Ini salah satu daya penarik di Legoland all famous places in Lego Mode

Alhamdulillah semua orang happy esok kita balik. Malam ni kita bermalam di JB Orange Hotel lagi semalam. Semua dah kepenatan.

  Berakhir percutian kami di Legoland Nusajaya Malaysia. Dari segi keseronokkan kami rasa ia lebih kepada anak2. Kami ni tumpang seronok bila tengok anak2 happy. Aktiviti untuk orang dewasa agak terhad. Dengan tawaran harga promosi Voucher yang kami grab tu oleh dikira sangat berbaloi.

Harga makanan standard la kt tempat2 camni mesti agak mahal. Kami ada bawak roti, air & nasi bungkus, ok je lepas bawak masuk ke dalam. Pak Guard yang cek beg tu pun bagi lepas saja.

Thats All from now , InsyaAllah kami akan kembali lagi ke Legoland pada bulan Nov 2018 ini dengan adventure yang baharu bersama adik Kaysi pula,... Itu saja cerita kami sepanjang di Legoland. InsyaAllah semoga berjumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Pengorbanan Besar Sayang

Langkawi Trip 2011