Pneumokokal ancam nyawa kanak-kanak
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof PENYAKIT pneumokokal ialah punca penyakit dan kematian utama yang semakin disedari di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati hingga kini ia menjadi menjadi punca kematian lebih sejuta bayi dan kanak-kanak dalam tempoh hanya setahun. Walaupun vaksin mencegah, Pneumcococcal Conjugate Vaccine (PCV7) sudah diperkenalkan namun kajian dikalangan ibu bapa menunjukkan hampir 70 peratus masih belum begitu arif mengenainya termasuk bahaya menunggu anak yang dijangkiti sehingga boleh membawa kepada kematian dan pencegahan yang boleh didapati menerusi PCV7. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengumumkan bahawa vaksin yang sedia ada untuk mencegah iaitu PCV7, harus diberi keutamaan dalam program imunisasi kebangsaan. Keputusan ini menyusuli cadangan Kumpulan Pakar Penasihat Strategik (Sage) yang menyokong langkah memperkenalkan vaksin. Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Dr Zulkifli Ismail, berkata sungguhpun kesedaran terhadap penyak...