Posts

Showing posts from August, 2010

Di pagi hari bersama Ahmad Wafiq

Image
On Beyond!!! hey baby wake up..!! Wafiq tak mau bangun tidoq lagi ka...malam ni nak balik Penang dah...alahai si kecil ni.. mesti besh tidoq ni kan wafiq...bagun..bangun sayang..jom kita mandi dulu..

FAQ tentang Bayi Demam

Image
Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel 'pembersih' dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman. Bayi selalunya akan demam selepas menerima imunisasi. Demam juga boleh diikuti dengan selsema, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia, krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari. Apakah suhu badan yang normal bagi seorang bayi? Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah 36.5 darjah Celcius sehingga 37.8 darjah Celcius. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi da...

Teruskan menyusu badan walaupun di bulan puasa

KEUPAYAAN untuk melahirkan anak dan menyusu badan adalah kelebihan yang ada pada setiap wanita. Susu badan merupakan sumber yang paling berkhasiat untuk bayi. Bagaimanapun apabila tiba bulan Ramadan, ramai ibu tertanya-tanya sama ada susu mereka masih lagi memiliki khasiat yang sama. Antara persoalan yang ada dalam diri ibu yang berpuasa ialah sama ada pengambilan makanan yang kurang akan memberi kesan kepada kualiti dan jumlah susu mereka. Adakah kekurangan air semasa waktu siang mengubah susu mereka, susu berkurangan dan menyebabkan bayi kelaparan? Adakah saya perlu berhenti menyusu badan dalam bulan Ramadan dan bertukar kepada rumusan bayi? Jika soalan-soalan ini ditanya kepada perunding pediatrik dan perunding laktasi, Dr. Koe Swee Lee, jawapannya adalah "tidak". Tidak memberi kesan Menurut Dr. Swee Lee, berpuasa selama 12 hingga 14 jam sehari tidak memberi kesan langsung kepada kualiti atau jumlah susu badan ibu melainkan jika si ibu mengalami malnutrisi atau ketidakseim...

Hit 46 Days Wafiq & Mama

Image
Ahmad Wafiq Cool ajer duduk dalam Trolley IKEA. Mama Spend a day after Pantang period 46 Days already. Its time to Jalan-jalan. Lepas nie nak pegi mane hmm. IKEA kot. Wafiq tido sajer walau bunyi karaoke kuat kat belakang!! hmm Mama , Mak Su , Mak Uda All together Enjoyed the Kenduri Meal. Tempoh berpantang mama seudah tamat selama 44 hari, masuk hari ke 45 mama , ayah , Wafiq juga Ma keluar pergi kenduri Anak Mak Ngah di Taman Medan. So far Wafiq very cool and calm. Very nice boy duduk diam jer dalam Carrier cantik tuh. hmm How cute he is? Then afterwards we drove to Damansara reaching for Courts Mammoth carik katil untuk Guest Room. Then teus ke IKEA searching for new tools and things. Hmm Pengalaman yang best pertama keluar dengan Wafiq And Family.. Boleh handle lagi InsyaAllah.